Nama-nama lain Istanbul

    Maklumat selanjutnya: Nama-nama Istanbul

Bandar raya Istanbul telah diberikan berbagai-bagai nama pada sepanjang sejarahnya, bergantung kepada kebudayaan, bahasa, dan agama raja-rajanya. Byzantium, Constantinople, dan Stamboul adalah beberapa contoh yang masih digunakan secara meluas di sesetengah negara. Antara lain, it juga dipanggil "Rom Baru" atau "Rom Kedua" kerana Constantine Agung, Maharaja Rom, mengasaskan kota ini di atas tapak Byzantium, kota Yunani, sebagai ibu negara yang kedua, ibu kota Kristian untuk Empayar Rom, berbanding dengan Rome yang umumnya bersifat jahiliah. [2]

Istanbul telah diberikan nama samaran "Bandaraya Tujuh Bukit" semenanjung bersejarah, bahagiannya yang tertua, dibina oleh Constantine di atas tujuh buah bukit untuk menandingi tujuh buah bukit Rom. Bukit-bukit tersebut dilambangkan dalam jata bandar raya melalui tujuh buah masjid. [3] Lagi satu nama samaran Istanbul yang lama ialah Vasileousa Polis (Permaisuri Kota-kota), nama yang membayangkan kepentingan dan kekayaan Istanbul pada sepanjang Zaman Pertengahan.

Melalui sebuah edik pada 28 Mac 1930, pihak berkuasa Turki secara rasmi meminta orang asing supaya jangan merujuk kepada Istanbul dengan nama-nama tradisional yang bukan Turki, umpamanya Constantinople, tetapi menggunakan nama "Istanbul" sebagai nama yang tunggal dalam semua bahasa asing. [4]

Rujukan

WikiPedia: Istanbul http://www.aboutturkey.com/turkey/Istanbul_Turkey.... http://fz-az.fotopages.com/?entry=507633 http://kvaleberg.com/extensions/mapsources/index.p... http://www.lonelyplanet.com/worldguide/destination... http://www.pbase.com/dosseman/archaeological_museu... http://www.voanews.com/english/archive/2005-09/200... http://www.wowturkey.com/forum/viewtopic.php?t=292... http://www.goruma.de/staedte_der_welt/istanbul.htm... http://www2.arch.uiuc.edu/research/rgouster/ http://archive.is/20130630172436/http://www.world-...